Monday, June 30, 2014

bersawang dah

assalamualaikum..
dah lama tak bersiaran..
entah kenapa rasa macam tak dak mood sangat nak updated.

nak jugak tulis perkembangan terbaru..
anak sulung dah 4 tahun
baru ja melahirkan anak, yang kini berusia 4 bulan
adik dah kawen

alhamdulillah..segalanya berjalan dengan baik
tuhan dah tentukan yang terbaik untuk umatnya
walaupun sedang melalui jalan yang sukar..
aku percaya, rezeki tuhan itu luassss

Thursday, December 26, 2013

macam-macam

dah lama sangat tak pos kat sini..bukan apa, cuma banyak memendam rasa..orang kata kalau kita nak cakap banyak pon tak guna, lebih baik berdiam diri..

sejak kebelakangan nie memang darah aku naik mencanak2..

sakit hatiiiiii sangat2..

Friday, January 4, 2013

midterm

dah lana rasanya tak pos kat sini..bukan apa la nie tengah sibuk study untuk midterm kat USM, 3 minggu kursus intensif untuk student PJJ..

semoga semuanya berjalan dengan baik..


amin..

Thursday, December 20, 2012

sakit badan

assalamualaikum dan salam sejahtera

hujung-hujung tahun nie memang la sangat-sangat sakit badan. sebab apa, kan musim penutupan akaun. so, saya sebagai orang yang ber'wang' perlu membuat bayaran bagi semua bekalan atau perkhidmatan yang telah diberikan

saya tak merungut, bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan.

bonus yang baru dapat pun, insyaallah akan dibelanjakan ke arah yang diperlukan sahaja. bukan mengikut kehendak.

buat masa la nie, habis kat kereta saja. nak tukar timing belt, absober..

ada la sikit habuan untuk danny (anakku), sebab berkelakuan baik walaupun agak nakal..
biasa la budak-budak..

semoga danish danial menjadi anak yang soleh..amin..amin,,amin..

Tuesday, December 11, 2012

petanda mata berdenyut-denyut

assalamualaikum dan salam sejahtera..
sejak kebelakangan ne, mata belah kiri asyik bergerak-gerak@ berdenyut. orang tua kata, ada benda tak elok nak jadi.. bila dah google, nie lah hasilnya..

  • Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  • Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  • Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  • Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  • Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  • Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  • Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  • Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  • Bibir bawah bergerak = akan menangis
  • Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  • Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  • Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  • Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  • Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  • Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  • Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  • Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  • Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  • Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  • Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  • Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  • Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
**sekadar pengetahuan kita, jangan percaya sangat takut jatuh syirik**

rindu sangat kat u tau

masa nie kami ada kursus pengukuhan pasukan kat intura.. budak nie praktikal kat ofis..kaki gosip.. kami dok kenen dia dengan Penghulu tetttt... hehe..saja la nak usik.. comei budak nie, peramah lagi.. ishh..nak jadi adik ipar kami tak?? dia pun ada blog jugak.. gadis brutal yang comei ..




fina, nie kami dah bocoq rahsia blog kami...jangan marah tau..blog hampa cantik, blog kami simple-simple je..budak baru belajar katakan

program warga emas

dengan sedia maklum bahawa saya bekerja di pejabat daerah bahagian pembangunan, banyak la projek bersama rakyat yang perlu kami kemudi.. nie salah satu program penghargaan untuk warga emas, dapat sorang RM100 one off.. weekend pon kena keja tauuu...ada la sikit-sikit gambar tersirat..


 bff..
 dari kiri Puan Hajah Rohani (Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan), Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1), YB Tan Beng Huat (KADUN JAWI), YB Makhtar (KADUN SUNGAI BAKAP)

 orang kuat program dari kiri syikin (juruteknik), miza (pt), nadia..saya le tu (pt kew), Suraya (pt jkkk), suriati (ptr)
dengan kekasih lama..hehehe